10 Apr 2017

Cara setup debian 8 guest 'host-only' virtual machine yang boleh mengakses internet dan dicapai dengan ssh

Host yang digunakan ialah windows7 64bit dengan memasang Virtualbox 5.1 sebagai virtual machine dan debian jessie sebagai guest OS.

Modus operandi: 
  1. Setup static ip pada guest OS (debian 8). 
  2. Guest OS boleh akses internet.
  3. Host boleh capai aplikasi web dari guest OS. 
  4. Host boleh capai guest OS dengan putty (SSH). 
Cara saya:
Buka file -> Preferences -> Network


 

Buka tab Host-only Networks

Pilih VirtualBox Host-Only Ethernet Adapter -> Klik pada ikon screwdriver (edit) -> Paparan dibawah akan terpapar dengan ip yang diberi secara default pada tab Adapter (biarkan IP)

Buka tab DHCP server dengan tetapan saya seperti dibawah.
Disini saya telah menetapkan ip range yang akan saya setup bermula dari 101 dan berakhir dengan 254 (Pilih satu ip untuk menetapkan static ip guest OS dimana dalam kes ini saya memilih 192.168.56.102 sebagai ip) -> Klik ok

Tetapan untuk guest OS
Klik settings (ikon gear) -> pilih tab network -> Adapter 1 (biarkan defaul NAT)

Pada tab Adapter 2 VirtualBox Host-Only Ethernet Adapter

Mulakan (debian 8) virtual machine untuk tetapan static ip.

Taipkan sepert ini untuk melihat adapter yang ada:
ls /sys/class/net

Tetapkan static ip dengan menggunakan nano
 sudo nano /etc/network/interfaces

Tambahkan #host-only interface seperti tetapan diatas dimana static ip yang saya pilih ialah 192.168.56.102. Selesai untuk tetapan static ip.

Install ssh server
apt-get -y install ssh openssh-server
Sekarang saya boleh akses ke guest OS dengan putty melalui windows host.

dan capaian web melalui host.
 *pemasangan lamp tidak disertakan bagi nota ini.

1 Jan 2017

Tahun 2017 nak berkayuh semula

Tahun 2017 telah membuka tirainya dan baru sekarang aku nak menyelak blog ini kerana sudah lama tidak dikemaskini. Cerita pembuka untuk tahun ini adalah berkenaan mountain bike yang baru dibeli menggantikan mtb lama jenama polygon. Melihat pautan iklan di sebuah laman e-dagang tempatan membuatkan aku tertarik dengan rekabentuk basikal mtb yang aku miliki sekarang ditambah pula dengan racun2 dari rakan-rakan dari tempat kerja lama aku yang sentiasa mengajak aku berkayuh semula.
Kebetulan setelah meninjau sebuah kedai basikal di sekitar Taiping, aku terjumpa dengan model basikal tersebut. Aku rasa ambil masa dalam 2 minggu macam tu juga baru aku beli basikal ini. Berikut adalah spesifikasi basikal yang dibeli:

MIG 17 SPECIFICATION
FRAME 6061-T6 ALLOY 27.5″
SIZE S / M
FORK VAXA 860 ALLOY, TRAVEL:100MM, ZOOM
HEADSET TROPIX CONE-SHAPE
HUBS NOVATEC ALLOY , BEARING
RIM MAVIC XM319 650B
TIRE MAXXIS IKON 27.5×1.95″, MAXXIS INNER TUBE,F/V
STEM TROPIX ALLOY
HANDLEBAR TROPIX ALLOY
SEAT POST TROPIX ALLOY
BRAKE SYSTEM MAGURA MT2 HYDRAULIC DISC
CRANKSET SHIMANO XT FC-M8000-2 36-26T, 170MM
CHAIN SHIMANO CN-HG701
FREEWHEEL SHIMANO XT M8000 11-40T
FRONT DERAILLEUR SHIMANO XT FD-M8020-L
REAR DERAILLEUR SHIMANO XT M8000-GS
SHIFTER SHIMANO XT M8000
SADDLE SAN MARCO PROVIP
GRIP TROPIX RUBBER, W/ALLOY

Mula Berkayuh

Dengan adanya basikal ini, maka bermulalah kayuhan aku di sekitar Taman Tasik Taiping (untuk permulaan setelah hampir 2 tahun tak berkayuh). Semoga semangat nak berkayuh kekal hingga hujung tahun ini.



27 Sep 2016

Cara mudah buat aplikasi webview (hybrid) menggunakan Intel XDK

Intel XDK iadalah kit pembangunan aplikasi natif yang dinbangunkan oleh intel menggunakan teknologi HTML5, CSS dan Javascript. Aplikasi dikompil secara dalam talian menggunakan platform cardova untuk membolehkan aplikasi dipasang dalam pelbagai sistem operasi seperti android, tizen, ubuntu touch, windows phone, chrome dan ios.

Berikut adalah cara mudah dan peling simple yang saya cuba untuk membangunkan aplikasi dengan webview.

Keperluan:
  1. Pastikan kita telah ada sistem atau web yang menggunakan paparan responsive (dalam ujian ini saya menggunakan blog ini http://adi.my).
  2. Talian internet.
  3. Intel XDK sudah dipasang (https://software.intel.com/en-us/intel-xdk).
 Langkah-langkah:
 1. Pilih start a new project - pilih HTML5 + Cardova

2. Tentukan nama dan lokasi projek disimpan - create
 3. Paparan kod akan terpapar - masukkan skrip seperti di bawah antara


4. Klik tab simulate - Klik butang Start Simulator


19 Dis 2015

Kenapa aku suka drupal?

Persoalan yang memang mudah aku nak jawab.. bagi aku drupal adalah sebuah CMS yang sangat power dan sangat flexible. Pada mulanya penglibatan dengan cms ini aku tercari-cari kaedah yang memudahkan aku untuk membangunkan web tanpa perlu terlalu mendalami bahasa pengaturcaraan web seperti PHP, pangkalan data mysql, javascript dan lain-lain.
Perkara yang pertama aku perlu mulai ialah bagaimana aku nak hostkan web yang aku ingin bangunkan tersebut. Aku banyak membaca melalui blog-blog dan post-post di internet tentang kaedah membangunkan server di pc sendiri dan bagi aku ianya kurang memuaskan. Dipendekkan cerita aku explore lagi dan belajar segala macam distro linux terutama berbasis debian sebagai eksperimen..(dah jadi cerita lain.. ni pasal drupal la).
Ok aku start pakai drupal dengan share webhosting, ada beberapa laman yang aku bangunkan pakai drupal dan sekarang sudah tidak live lagi antaranya:
  • nesturl.com - laman sendiri
  • petandakuale.net - kelab sukan dan kebajikan petanda kuala kangsar
  • noni-kuale.net - komuniti noni kuala kangsar
dan yang terbaru aku sedang merancang untuk membangunkan laman web baru bagi sebuah organisasi dengan menggunakan drupal 7. Contoh paparan seperti di bawah:
 Sebenarnya sebelum ini aku juga pernah mencuba CMS yang lain seperti joomla, wordpress dan bagi aku ianya sangat baik tetapi tidak memenuhi kehendak aku sangat. Semuanya mudah dengan wordpress dimana beribu-ribu plugin sedia didownload, begitu juga dengan joomla banyak template atau theme yang menarik dan sangat maju. Disebabkan perkara seperti ini aku merasakan CMS ini mempunyai kurang cabaran untuk diexplore berbanding dengan drupal.
Bagi aku drupal ni kalau belajar setahun pun tidak mungkin akan expert sangat kecuali korang tidur drupal, makan drupal, minum pun drupal memang boleh expert lah sebab aku lain tak macam tu nak tengok anak bini semua.
Ada juga pembangun yang beranggapan drupal ini boleh diumpamakan seperti sebilah pisau Swiss Army Knives (woohaaaa) atau diumpamakan seperti kepingan permainan lego yang apabila dicantumkan mengikut kretiviti seseorang boleh membentuk hampir apa sahaja.
Gambar diatas sekadar hiasan.

Begitulah persepsi saya terhadap CMS ini dan terpulang kepada sesiapa untuk menafikannya dan akhir-akhir ini pada 19 November 2015 versi drupal 8 telah dikeluarkan dengan beberapa modul terpenting ditambah ke dalam core drupal antaranya:
  1. New field - date, email, link, reference, telephone
  2. Field ada di mana-mana - boleh tambah field dalam node, block, komen, kontak, taxonomy
  3. CKEditor - WYSIWYG 
  4. Quick edit - bila login drupal boleh edit text direct dengan front-end laman
  5. Responsive image - gambar disesuaikan mengikut kehendak skrin peranti
  6. Tour - popup yang menyatakan bagaimana drupal bekerja
  7. Views - sangat power bagi drupal.. ubah apa sahaja paparan
  8. Multilingual - lebih mudah untuk pelbagai bahasa
  9. Configuration manager - memudahkan import dan export
  10. Webservice - HAL, HTTP basic authenticaction, RESTful web service, Serialization. 
Selain daripada itu template bagi tema juga telah ditukarkan daripada berkonsepkan php kepada twig.. sila semak ke http://twig.sensiolabs.org/

sekian full stop :P

15 Ogo 2015

Damia ke sukaneka Kak Yana

Hari ni si kakak Damia excited sangat nak  tengok sepupunya Kak Yana bersukaneka di padang S.K. King Edward vii Taiping. Awal pagi dia dah siap mandi dan tunggu mak bapaknya x siap2 lagi. Nasib la Pak Njang dia dtg ambil boleh la dia pergi dulu.
Apapun yang mudahnya memang program tu dekat sangat dengan rumah sekarang ni dan cadang tahun depan nak sekolahkan kakaknya kat Prasekolah K.E. jadi mudahlah uminya hantar ambil nanti.

14 Ogo 2015

Berpindah ke tempat baru

8 Ogos 2015 - Kami sekeluarga mula berpindah ke tempat baru di taiping setelah 7 tahun berkhidmat di kuala kangsar. Dari segi kerja tidak banyak yang berbeza cuma ingin rasanya beralih ke tempat baru ini. Alhamdulillah anak-anak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan ini.

15 Apr 2015

Cubaan bangunkan aplikasi android kalkulator tanah




Akhirnya ada sedikit masa terluang dan berkesempatan untuk mencuba pembangunan aplikasi andoid menggunakan android studio. Pada mulanya agak rumit tetapi dengan sedikit penumpuan maka terhasil juga aplikasi yang sangat simple ini.
Android studio boleh dimuat turun pada link di bawah:
http://tools.android.com/download/studio

12 Apr 2015

Muay Thai: Malaysia vs Thailand



Malam tadi berkesempatan menyaksikan perlawanan muay thai atau lebih dikenali sebagai tomoi berlangsung di dewan jubli perak, kuala kangsar anjuran dari kelab pdrm kuala kangsar.
Perlawanan regu akhir antara juara-juara diantara malaysia vs thailand berpihak pada malaysia apabila menang mudah pada pusingan pertama.

20 Jan 2015

Setelah setahun baru nak update

Gambar hiasan: Ubuntu desktop aku



Lama tak menjenguk blog sendiri ini disebabkan kebebalan empunyanya. Setelah beberapa ketika daripada dibiarkan bersawang akhirnya tergerak hati untuk menulis apa yang terasa nak ditulis. Yang sebenarnya domain blog ini baru sahaja hendak expired atau tamat tempoh tapi oleh kerana sayangnya nama domain yang ringkas dan pendek ini aku hidupkannya semula dengan langganan setahun hanya RM13.00 sahaja, murah kan.
Tahun 2014 sudah berlalu dan banyak peristiwa yang berlaku telah menjadi kenangan dan sejarah dalam hidup aku. Tahun 2015 ini aku mengharapkan ada keajaiban akan berlaku.. arios amigossss

8 Jun 2014

Throwback: Kuale Funride 2014 Anjuran MPKK & Parlimen Kuala Kangsar

Sekitar acara Kuale Funride sempena karnival 1 Kuale' di Kuala Kangsar anjuran MPKK & Parlimen Kuala Kangsar. Tahniah kepada Wan setelah memenangi cabutan bertuah sebuah LED TV, laya..






Ni lagi biar gambar yang berbicara


Throwback: Larian Hari Keputeraan Sultan Azlan Shah 2014

Gambar sekitar penyertaan larian pada 11/5/2014 anjuran Kerajaan Negeri Perak & Pacesetters di Kuala Kangsar.







Ni pun biar gambar berbicara dan Al-Fatihah atas kemangkatan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Shah

Throwback: Gambar sekitar penyertaan Funride pada 12/4/2014

Gambar sekitar penyertaan Funride pada 12/4/2014 anjuran Alternative Cycling Club di Kuala Kangsar.








Biar gambar berbicara