18 Mei 2018

2018 TRR Night Run di Taiping

Tarikh: 7th July 2018 (Saturday, 9pm)
Lokasi:  Pavilion Zoo, Taiping, Perak
Jarak: 8km & 4km

Untuk pendaftaran sila ke sini

Hubungi:
Dee Eng Chan : 012 522 7080
Chuah Chong Fu: 012 503 7158
Linda Ooi : 016 591 3909

17 Mei 2018

Selamat menyambut bulan keberkatan bulan Ramadhan


Selamat menyambut bulan keberkatan Ramadhan Al-Mubarak daripada saya kepada semua pengunjung blog ini. Semoga kita lebih banyak mengambil kesempatan beramal pada bulan ini daripada melakukan perkara yang sia-sia.. Aminn

29 Mac 2018

Kali kedua kayuhan ke bukit Makationg bersama 'Kerian Cycling Group' (KCG) - grup kumpulan whatsapp kerian

Buat kali keduanya berkesempatan berkayuh mendaki bukit  Makationg di Ulu Tupai Taiping juga bersama team Abg Man kali ini bersama anaknya dan kawan-kawan lain dari Kerian (Selingsing pun ado) Cycling Group - KCG. Kali ini kayuhan aku agak slow bilamana sampai ke satu kawasan lapang yang disinari cahaya mentari tiba-tiba perut rasa memulas-mulas mungkin sebab salah makan malam tadi. Agak malang juga strava tidak dapat menjejak gps semasa mendaki disebabkan data yang corrupt mungkin, dan hanya dapat direkod ketika beberapa meter sebelum sampai ke puncak (kot puncak sebab abg man kata ada roundabout). Jarak yang dapat direkod hanya 6km sahaja..

Tengok juga kayuhan pertama.





Untung pacat ni bukan selalu dapat hisap darah manusia



Tengah meninjau basikal champion abg man

Labour Day Funride @ Taiping 2018

Facebook page: https://www.facebook.com/fareastcyc/
Fees: RM10.00


21 Mac 2018

Minggu yang merehatkan: Aufa kena tahan ward

Minggu ini terpaksa rehat sikit sebab anak yang bongsu telah ditahan di wad c3 hospital Taiping kerana nafas dia terlalu laju. Suspek terkena jangkitan kuman pada paru- paru tapi alhamdulillah hanya kahak sahaja.





18 Mac 2018

Aktiviti minggu ini mendaki bukit larut tapi kali ni up sikit sampat Tea Garden

Minggu ni lebih kurang empat aktiviti sukan(che wah) kegemaran dah terbuat maknanya masih mengikut jadual iaitu buat larian atau kayuhan pada setiap hari selasa, khamis, sabtu dan ahad. Apa yang menarik adalah pada hari sabtu tu buat pendakian bukit larut lagi secara slow jog sehingga sampai ke Tea Garden iaitu lebih kurang enam ratus meter lebih atas paras laut tetapi malangnya strava pada mulanya tidak dapat mengesan isyarat GPS disebabkan masalah data internet pada telefon aku. Isyarat hanya ada selepas lebih kurang beberapa ratus meter sebelum sampai ke T-garden tu yang hampeh sikit sebab bacaan jarak hanya 6.7km sahaja yang mana anggarannya mungkin pegi dan balik mencecah 11km. Hari ahad pula buat kayuhan santai 13km disebabkan urat-urat kaki masih terasa sakit lagi sebab turun bukit secara jogging di hari sebelumnya.








4 Mac 2018

Kayuhan hari minggu 17km je??

Kayuhan hari ini 17km je.. haha macam ni la adat berkayuh hujung minggu hari ahad pulak tu kadang-kadang jarak tu jauh juga boleh pegi tapi disebabkan hari ahad kena hantar anak yang sulung tu ke kelas tae kwan do pukul 8.30 pagi dah selesai kayuh. kalau ikutkan masa dalam 7.10 pagi baru keluar pergi berkayuh itupun keadaan masih gelap gulita lagi dengan pakai lampu kelip2 merah dekat batang seat.
Kenapa tak kayuh dengan geng?
Bukan tak suka kayuh dengan kawan-kawan malahan lagi suka sebab selain mengeratkan silaturrahim, dapat juga bertukar-tukar pandangan dan pengalaman dalam aktiviti kayuhan ni walaupun pengalaman kita tak tara mana. Minat tu penting baru semua jadi.. ada juga kawan-kawan tanya tak segan ke kayuh sorang-sorang, apa nak segannya semua tu kerana minat dan yang penting sihatkan tubuh badan dan mengurangkan lemak-lemak malas dalam tubuh kita. Semenjak bersukan basikal dan jogging ni alhamdulillah aku dah berjaya membuang tabiat merokok aku yang semenjak sekolah lagi pada bulan ogos tahun 2017. Dapat jimat duit rokok tu baik kita bagi anak buat belanja sekolah. Kepada kawan-kawan geng kayuh samada geng kuale' atau geng kerian KCG insyaallah kalau ada kelapangan aku akan join punya.

28 Feb 2018

Larian 25 Tahun Persi


Larian 25 Tahun PERSI bersempena Sambutan Jubli Intan Persatuan Rekreasi UITM Perak bertempat di UiTM Seri Iskandar, Perak. Untuk maklumat lanjut dan pendaftar sila ke pautan di bawah:

https://www.runningevents.my
Mohd Hazrill Faizal :  019-443 3644

27 Feb 2018

Kampung Run 2018

 Event details
Oleh kerana aku sendiri berasal dari daerah Kerian Perak maka tak salah kalau nak promosi event yang satu ini kerana dengan jayanya diadakan setiap tahun walaupun belum berkesempatan nak menyertainya, InsyaAllah tahun ini boleh kot. Jadi kepada sesiapa yang berminat bolehlah ke pautan di bawah ini: 


26 Feb 2018

Cycling For Health 3.0

Program Cycling For Health 3.0 anjuran Hospital Taiping Cycling Club bersama Taiping Foldies Fan akan diadakan pada 1 April 2018 (Ahad) bermula pada jam 7.30 pagi bertempat di Padang Hospital Taiping dengan jarak kayuhan secara fun ride sejauh 30km sahaja. Untuk pendaftaran boleh menghubungi individu dibawah sebelum tarikh tutup pada 9 Mac 2018:

Ustaz Megat HTCC: 019-4725273
En. Faidzal: 017-2403308
En. Misbahul: 016-5455658

24 Feb 2018

Hari Sukan Prasekolah Amni SKKE VII(1)






Hari ini ada dua program anak-anak sekolah, yang mana sekolah kakak ada mesyuarat PIBG dan adiknya pula si Amni ada program sukan prasekolah. Kebetulan pula sekolah adik dekat je dengan rumah jadi kami ke sekolah adik jelah.
Awal betul adik bangun pagi ni biasala kalau ada benda yang dia excited sangat sampai yang kecik sekali tu pun ikut bangun awal (tengok gambar last kat atas tu si kecik dah tidoq dalam dakapan abahnya). Amni dapat dua medal bagi tempat pertama & kedua untuk dua acara sukaneka berbanding tahun lepas dia dapat satu je. Abahnya pula hari ni tak dapat la jogging atau kayuh pun, xpelah sekali sekala kena juga layan anak-anak kan.. hehe salam


18 Feb 2018

Larian hujung minggu 18 Feb 2018

Hujung minggu ni buat larian je di Taman Tasik Taiping.

15 Feb 2018

Debian dinobat distro terbaik bagi Linux Journal 2018 Readers Choice Awards


Permulaan undian adalah kategori Best Linux Distribution dengan kira-kira 10,000 pembaca telah mengundi dalam portal linuxjournal.com. Kebanyakkan pembaca memberi komen yang menyatakan debian adalah yang terbaik dari seri server. Bagi penulis sendiri pun sememangnya peminat debian walaupun pada mulanya lebih kepada ubuntu linux.

Kedudukan top 3 undian linuxjournal.com:

  1. Debian
  2. openSUSE
  3. Fedora

*Sila lawat http://www.linuxjournal.com setiap minggu untk voting poll yang lain

14 Feb 2018

Karnival Jom Ke Surau Fun Ride


Karnival Jom Ke Surau Fun Ride
Lokasi: Surau Nurul Hidayah, Kg. Bukit Jana, Kamunting, Taiping, Perak.

Hubungi:
Abg Ah Chong: 018 2778185
Cikgu Adnan: 019 5780148
En Azrul: 019 5599013

INOV8 Trail Run Trail Series 2018


Tahun ketiga dianjurkan oleh pihak penganjur untuk kategori trail run dengan dua siri larian iaitu di Bukit Merah Lake Town Resort bagi siri1 dan di Semenyeh ECO Venture Resort bagi siri 2.

Maklumat lanjut dan pendaftaran:
https://event.howei.com/event/inov8-trail-run-trail-series-2018

13 Feb 2018

Kayuhan Pertama Makationg dan TBP

1 Januari 2018 sempat berkayuh dengan geng Kerian Cycling Group iaitu Abang Azman dan anaknya mendaki bukit Makationg di Tupai dan downhill di Taiping Bike Park TBP. Walaupun dah tinggal kat Taiping ni lebih kurang 2 tahun lebih ni la baru pertama kali dapat ke tempat menarik ni dengan gerek. Dengan hanya pakai basikal ekor keras (hardtail) dan fork yang pendek 100mm sahaja berjaya juga turun TBP yang curam tu dengan menuntun basikal.. hahah terrer tak?
Memang respect dekat pengayuh tegar macam Abg Man ni dan anaknya yang hebat ni, tak mampu nak kejar dah.. apapun lain kali jangan lupa ajak lagi.













Jarak kayuhan 21.6km je tapi avarage speed 14kmh.. kesian



King Of Bukit Larut 2018

Ahad 15 April 2018
Kategori: Trail
Tempat: Taiping, Perak
Pendaftaran Online: Klik disini
Maklumat lanjut: www.teampacat.com

Tag Awan

Lain-lain (19) Events (13) Basikal MTB (12) Komputer (12) Strava (10) Linux (9) Software & Tools (7) Running (5) CMS (4) Drupal (4) SV4 (3) Video (3) Android programming (2) Debian (2) Honda (2) Hiking (1) Virtualbox (1)