3 Okt 2011

Bagaimana saya install XAMPP & CMS Drupal 7 dalam Ubuntu 11.10


Cara install xampp di ubuntu:


1. Sila donwload XAMPP versi terkini (xampp-linux-1.7.7.tar.gz).

2. Selesai download, buka terminal dan pastikan anda berada di dalam direktori yang sama dengan file xampp yang telah di donwload tadi.Contoh:

adie@n5110:~$ cd Downloads

3, Ekstrak fail xampp tadi ke dalam /opt. Gunakan command di bawah

sudo tar xvfz xampp-linux-1.7.7.tar.gz -C /opt

4. Tunggu hingga proses ekstrak selesai. Dan hasilnya, keseluruhan web server anda akan berada di dalam direktori /opt/lampp/.

5. Gunakan command di bawah (guna terminal) untuk jalankan web server anda

sudo /opt/lampp/lampp start

.. dan jika ingin berhentikan web server anda, gantikan parameter 'start' dengan 'stop'

sudo /opt/lampp/lampp stop

6. Untuk memastikan bahawa proses di atas berjaya, sila buka pelayar internet anda dan isikan diruangan 'address' http://localhost.

Maklumat:

1. XAMPP secara default tidak dilengkapi dengan tahap keselamatan yang diperlukan bagi sesebuah web server, dimana ianya boleh diakses tanpa memerlukan kata laluan. Masalah ini boleh diatasi dengan hanya menjalankan command di bawah pada terminal anda.

sudo /opt/lampp/lampp security
XAMPP: Your XAMPP pages are NOT secured by a password.
XAMPP: Do you want to set a password? [yes] yes
XAMPP: Password:
XAMPP: Password (again):
XAMPP: Password protection active. Please use 'lampp' as user name!
XAMPP: The MySQL/phpMyAdmin user pma has no password set!!!
XAMPP: Do you want to set a password? [yes] yes
XAMPP: Password:
XAMPP: Password (again):
XAMPP: Setting new MySQL pma password.
XAMPP: Setting phpMyAdmin's pma password to the new one.
XAMPP: MySQL has no root passwort set!!!
XAMPP: Do you want to set a password? [yes] yes
XAMPP: Write the password somewhere down to make sure you won't forget it!!!
XAMPP: Password:
XAMPP: Password (again):
XAMPP: Setting new MySQL root password.
XAMPP: Change phpMyAdmin's authentication method.
XAMPP: The FTP password for user 'nobody' is still set to 'lampp'.
XAMPP: Do you want to change the password? [yes] yes
XAMPP: Password:
XAMPP: Password (again):
XAMPP: Reload ProFTPD...
XAMPP: Done.


..cuma ikut sahaja arahan yag diberikan dan web server anda akan dilindungi dengan tahap sekuriti yang afdal (afdal ni kira maksudnya pada tahap permulaan).

2. Keseluruhan laman web anda akan berada di dalam direktori /opt/lampp/htdocs. Namun demikian, oleh kerana Ubuntu anda mungkin telah di set ke tahap yang tinggi, meletakkan laman web anda ke dalam direktori di atas mungkin menyebabkan sedikit ketidakselesaan seperti 'permission access denied' apabila anda cuba jalankan laman web anda. Terdapat cara mudah bagi mengatasi ketidakselesaan di atas, iaitu dengan meletakkan laman web anda pada direktori lain dari di atas. Paling mudah dengan meletakkan direktori laman web anda di dalam direktori 'Home'.

Mulakan dengan membuat satu direktori baru di dalam 'Home' anda, sebagai contoh direktori baru dengan nama 'Webmy'. Kemudian pada terminal, jalankan command di bawah:

sudo ln -s ~/Webmy /opt/lampp/htdocs/$USER


Kini anda boleh install drupal, joomla etc.. dalam folder Webmy

Cara install Drupal 7

1. Download fail drupal di drupal.org

2. Ekstract fail tadi dalam folder Webmy dan renamekan kepada nama yang anda kehendaki contohnya saya menamakan folder ini 'sistem'.

3. Untuk memastikan anda berjaya dengan xampp.. sila buka browser dan navigate ke http://localhost/adie.. adie adalah nama user yang menggunakan sistem linux ini (saya). Dalam direktori ini ada folder 'sistem' saya tadi.. klik folder ini untuk mula install drupal (pastikan XAMPP running terlebih dahulu – rujuk diatas)

4. Pilih installation profile standard (yang biasa digunakan) save & continue – pilih bahasa (biasanya english) save & continue..

5. Biasanya kita akan menghadapi masalah disini dan terpaksa buat folder secara manual..

6. Caranya.. buka terminal

cd Webmy/sistem

mkdir sites/default/files

chmod a+w sites/default/files
//kebenaran menulis

cp sites/default/default.settings.php sites/default/settings.php //copy default setting

chmod a+w sites/default/settings.php //kebenaran menulis

chmod go-w sites/default/settings.php //pastikan ini dilakukan bila selesai install *

7. Konfigurasi database – untuk tutorial ini saya pilih MySql (sila pastikan database wujud jika tidak ikut langkah ke 9)

8. Sila masukkan nama database, username & password.

9. Buka browser dan navigate ke http://localhost/phpmyadmin/ dan masukkan username dan password anda..

10. Create new database pada medan MySql Localhost. Kali ini saya namakan db saya 'sistem_db' dan klik butang create. Nah database anda telah tersedia.. (selesai bab phpMyAdmin)

11. Sila ikut langkah nombor 8 pada installasi drupal diatas.

12. Sekiranya keluar warning spt ini:

Warning: PDO::__construct() [pdo.--construct]: [2002] Invalid argument (trying to connect via unix://) in DatabaseConnection->__construct() (line 304 of /home/adie/Webmy/sistem/includes/database/database.inc).

Pilih Advanced options

Database host* = 127.0.0.1 //bukan localhost

13. Pastikan anda dah tukar kebenaran fail yang di chmod tadi

chmod go-w sites/default/settings.php
chmod go-w sites/default


13. Nah.. sekarang anda mula konfigurasi laman drupal anda

Site information
Site name *, Site e-mail address *,
Site maintenance account
Username *, E-mail address *, Password *, Confirm password *,
Server settings //boleh setup kemudian
Default country
Select the default country for the site.
Default time zone
By default, dates in this site will be displayed in the chosen time zone.


14. Tadaa.. dan akhirnya drupal dah tersedia..


EmoticonEmoticon

Tag Awan

Lain-lain (20) Events (17) Basikal MTB (12) Komputer (12) Strava (10) Linux (9) Software & Tools (7) Running (5) CMS (4) Drupal (4) Honda (3) SV4 (3) Video (3) Android programming (2) Debian (2) Hiking (1) Promosi (1) Rs150 (1) Virtualbox (1)