31 Jan 2014

Setelah setahun baru mula nak berkayuh




Macam ni lah ceritanya.. basikal ni mula dibeli pada tahun lepas tapi jarang-jarang sekali aku gunakan untuk beriadah di kala petang cuma sejak akhir-akhir ni ada rakan sepejabat yang mengajak untuk berbasikal dan tak kurang ada juga yang bersemangat untuk membeli basikal baru.. huhu. 
Walaipun basikal ini agak boleh dikatakan speks yang biasa-biasa sahaja tapi bagi aku sangat sesuai kerana aku masih newbis kubis dalam arena ini. Hari pertama berkayuh dengan wan di sekitar Kuala Kangsar dari Talang ke Kota Lama Kiri dan balik semula melalui jalan trek berbasikal di Kota Kanan sejauh lebih kurang 20km dan hari kedua iaitu pada 29 Jan 2014 berkayuh dengan wan & qari melalui jalan kampung Senawar ke kampung Tanah Lepan dan terus ke Chandan Puteri sejauh lebih kurang 19km mengambil masa lebih kurang 1jam 10 minit.
Hari ketiga pula hanya berkayuh berseorangan sekitar kuarters JKR jalan Taiping mengambil masa hanya 42 minit dan 47 saat dengan jarak kayuhan lebih kurang 11km. Mungkin pada masa akan datang sekiranya ramai lagi rakan yang join jarak kayuhan akan ditingkatkan lagi. 

bersambung...




EmoticonEmoticon

Tag Awan

Lain-lain (18) Basikal MTB (12) Events (12) Komputer (12) Strava (10) Linux (9) Software & Tools (7) Running (5) CMS (4) Drupal (4) SV4 (3) Video (3) Android programming (2) Debian (2) Honda (2) Hiking (1) Virtualbox (1)