7 Feb 2014

Bila masa pulak teman jadi admin apps ni nak koding pun haram tak tahu

 

Pagi ni teman terima emel notifikasi daripada google yang membuatkan teman terasa sedikit keliru kerana sebelum ini teman tak pernah pun membangunkan apa-apa apps malahan nak coding apps pun haram tak tahu. Baris pertama emel tu dalam bahasa Inggeris mengatakan "You are receiving this notification because you are listed as an admin of the following app(s): s~x5-silver-harmony-b " terkejut juga la.
Faham betul-betul rupa-rupanya gooole cuma memberitahu tentang perubahan terma bagi servis cloud platform mereka. Tak apalah dah teman guna  perkhidmatan diorang secara percuma terpaksalah teman mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh diorang tapi harap-harap janganlah sampai maklumat user seperti teman disalahgunakan oleh diorang nanti kerana teman beranggapan kadang-kadang maklumat kita sangat peribadi malahan lokasi kita pun diorang boleh tahu.
Apa-apa pun teman masih konpius apa kejadahnya apps s~x5-silver-harmony-b tu kalau-kalau ada yang tahu boleh kongsikan dengan teman. Pesanan teman pada semua berhati-hatilah berkongsi maklumat dalam alam siber terutama pada laman-laman sosial yang popular pada masa kini kerana kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita buat tu boleh memberi impak yang buruk pada diri kita. wassalam..

Sumber imej: http://technology.inquirer.net/ & google images


EmoticonEmoticon

Tag Awan

Lain-lain (20) Events (17) Basikal MTB (12) Komputer (12) Strava (10) Linux (9) Software & Tools (7) Running (5) CMS (4) Drupal (4) Honda (3) SV4 (3) Video (3) Android programming (2) Debian (2) Hiking (1) Promosi (1) Rs150 (1) Virtualbox (1)