18 Mac 2018

Aktiviti minggu ini mendaki bukit larut tapi kali ni up sikit sampat Tea Garden

Minggu ni lebih kurang empat aktiviti sukan(che wah) kegemaran dah terbuat maknanya masih mengikut jadual iaitu buat larian atau kayuhan pada setiap hari selasa, khamis, sabtu dan ahad. Apa yang menarik adalah pada hari sabtu tu buat pendakian bukit larut lagi secara slow jog sehingga sampai ke Tea Garden iaitu lebih kurang enam ratus meter lebih atas paras laut tetapi malangnya strava pada mulanya tidak dapat mengesan isyarat GPS disebabkan masalah data internet pada telefon aku. Isyarat hanya ada selepas lebih kurang beberapa ratus meter sebelum sampai ke T-garden tu yang hampeh sikit sebab bacaan jarak hanya 6.7km sahaja yang mana anggarannya mungkin pegi dan balik mencecah 11km. Hari ahad pula buat kayuhan santai 13km disebabkan urat-urat kaki masih terasa sakit lagi sebab turun bukit secara jogging di hari sebelumnya.










EmoticonEmoticon

Tag Awan

Lain-lain (20) Events (17) Basikal MTB (12) Komputer (12) Strava (10) Linux (9) Software & Tools (7) Running (5) CMS (4) Drupal (4) Honda (3) SV4 (3) Video (3) Android programming (2) Debian (2) Hiking (1) Promosi (1) Rs150 (1) Virtualbox (1)