4 Mac 2018

Kayuhan hari minggu 17km je??

Kayuhan hari ini 17km je.. haha macam ni la adat berkayuh hujung minggu hari ahad pulak tu kadang-kadang jarak tu jauh juga boleh pegi tapi disebabkan hari ahad kena hantar anak yang sulung tu ke kelas tae kwan do pukul 8.30 pagi dah selesai kayuh. kalau ikutkan masa dalam 7.10 pagi baru keluar pergi berkayuh itupun keadaan masih gelap gulita lagi dengan pakai lampu kelip2 merah dekat batang seat.
Kenapa tak kayuh dengan geng?
Bukan tak suka kayuh dengan kawan-kawan malahan lagi suka sebab selain mengeratkan silaturrahim, dapat juga bertukar-tukar pandangan dan pengalaman dalam aktiviti kayuhan ni walaupun pengalaman kita tak tara mana. Minat tu penting baru semua jadi.. ada juga kawan-kawan tanya tak segan ke kayuh sorang-sorang, apa nak segannya semua tu kerana minat dan yang penting sihatkan tubuh badan dan mengurangkan lemak-lemak malas dalam tubuh kita. Semenjak bersukan basikal dan jogging ni alhamdulillah aku dah berjaya membuang tabiat merokok aku yang semenjak sekolah lagi pada bulan ogos tahun 2017. Dapat jimat duit rokok tu baik kita bagi anak buat belanja sekolah. Kepada kawan-kawan geng kayuh samada geng kuale' atau geng kerian KCG insyaallah kalau ada kelapangan aku akan join punya.

2 komen

dekat je tu.. kalau 40km jauh gak la


EmoticonEmoticon

Tag Awan

Lain-lain (20) Events (17) Basikal MTB (12) Komputer (12) Strava (10) Linux (9) Software & Tools (7) Running (5) CMS (4) Drupal (4) Honda (3) SV4 (3) Video (3) Android programming (2) Debian (2) Hiking (1) Promosi (1) Rs150 (1) Virtualbox (1)